Majlis Penyerahan Sumbangan Richwood Ventures Berhad Kepada Yayasan Canselor UTEM Bersama | 08/03/2022

8 Mac 2022 5 Syaaban 1443H TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir bagi menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Yayasan Canselor UTeM di Hotel St. Regis Kuala Lumpur. Antara penyumbang yang telah menyampaikan sumbangan ialah YBhg. Datuk Seri Jamil bin Salleh (Pengerusi Panpay Holdings Sdn Bhd merangkap Pengerusi Yayasan Canselor UTeM), YBhg. Dato’ Seri Ting Teck Sheng (Pengasas merangkap Presiden Richwood Ventures Bhd), Puan Halidah Abdul Hamid (Naib Pengerusi Richwood Ventures Bhd), YBhg. Dato’ Sri Eric Lee Chang Yee (Pengarah Richwood Coastland Sdn Bhd) dan YBhg. Dato’ Paduka Mohamad Azizi bin Ali (Timbalan Pengerusi Asia Pacific Investment Trade Economic Zone Association (ASIAPEZ)).

3737

3736

3735

3734

3733

3732

3731

3730

3729

3728

3727

3726

3725