Asiapez Association - Seniman Hulur Bantuan Kepada Anak, Ibu Arwah Pian Cecupak

Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi Seniman Prihatin menyantuni anak-anak dan ahli keluarga Allahyarham Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman di kediaman anaknya di Flat Sri Kelantan Sentul, semalam. Exco Agama dan Muafakat Seniman, Salman Al-Farisi berkata, kunjungan mereka bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh dua anak arwah, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin serta ibu Pian iaitu Zainon Saidin, 72. “Rombongan yang disertai Setiausaha Kerja Seniman, Amali ini turut membawa bersama beberapa rakan strategik. “Mereka juga menyumbang bantuan berupa kewangan dan barangan keperluan harian daripada PERKESO dan KKKL TNB. “Bekas pengacara dan pelakon skuad elit iaitu Zamshuri Ramli bersama beberapa rakan dari ASIAPEZ juga bersama kami dalam misi ini,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Pian yang meraih populariti menerusi kumpulan Cecupak pada 1998 ditemukan dalam keadaan duduk dan tidak sedarkan diri di dalam bilik air kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, di sini, kira-kira jam 8 malam, 26 Januari lalu. Arwah disahkan meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, pada keesokannya.

3611

3610

3609

Important Message

Our official website for “Richwood Ventures Berhad” as below:

i)               richwoodvc.com

 

All Customers are advised to only deal with the authorised Management of the Company. All Customers are also advised not to deal in any monetary transactions to third party accounts and only deal with the authorised accounts of the Company.

 

In the event of uncertainty, kindly call our office at Puchong to clarify.

 

Kindly note that the Company does not acknowledge any unauthorized websites or social media websites created by third parties nor does the Company acknowledge or recognize any payments made to any third party's account. The Company shall NOT be in any way whatsoever responsible or liable for such websites and/or payments made to third party accounts.

 

We look forward to a long and lasting mutually beneficial relationship with all Customers.

 

Thank you and have a good day.